Bermula pada tahun 1990, Perusahaan Hamzah Salam telah berjaya bertahan sehingga ke hari ini melalui penjualan produk-produk makanan segera berasas rempah ratus seperti Soto Istimewa, Rempah Sate, Rempah Bukhari serta di dalam perancangan untuk pengeluaran Rempah Baryani dan Rempah Kari.
Perusahaan Hamzah Salam menawarkan produk-produk seperti Soto Istimewa dan Rempah Sateh. Kami menawarkan perkhidmatan pos bagi mereka yang membuat tempahan.
Friday, December 24, 2010
Diskripsi Produk
Soto Istimewa
· Merupakan produk utama
· 1 paket kecil mengandungi 100 gram rempah soto. dalam paket besar mengandungi 10 keping paket kecil.
· Boleh juga digunakan untuk membuat begedil (rujuk label untuk cara-cara memasak).
· SITUASI: anda ingin membuat majlis keramaian(parti hari jadi, kenduri kesyukuran, rumah terbuka), dan anda ingin menjamu tetamu yang hadir, TETAPI, anda memerlukan duit untuk belanjawan lain, dan ingin mencari hidangan yang mempunyai kos yang berpatutan, ATAU anda tidak memiliki banyak masa untuk hanya memasak sahaja kerana anda perlu menguruskan tempat hidangan dan sebagainya, ATAU tetamu anda merupakan penggemar makanan yang berbeza, ada yang menggemari bi hun, ada yang menggemari nasi, tidak dilupakan penggemar ayam sahaja, dan penggemar daging sahaja. Soto Istimewa ialah jawapannya. Soto merupakan hidangan yang sesuai jika anda ingin mengadakan kenduri pada skala yang besar namun ingin menyesuaikan bajet untuk perbelanjaan yang lain. Cara penyediaannya yang ringkas memberikan anda ruang untuk melakukan perkara-perkara yang lain. Selain itu, daripada Soto Istimewa ini, anda tidak sahaja dapat menghasilkan Sup Soto, malahan Begedel Kentang (amat diminati^^). Sup Soto boleh disesuaikan dengan kebanyakan makanan ruji Malaysia (spaghetti tidak sesuai, harap maaf^^) seperti nasi, nasi himpit, bi hun, dan mee kasar. Sup Soto juga boleh digunakan untuk memasak ayam dan daging lembu. Selain digunakan untuk majlis, Soto Istimewa sesuai diadaptasikan ke dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang memerlukan hidangan untuk jangkamasa yang lama, Soto Istimewa memiliki ketahanan sehingga setahun. Selain itu, bagi mereka yang masih bujang dan baru hendak belajar memasak hidangan yang agak berat, Soto Istimewa menyediakan langkah-langkah memasak di bahagian belakang label yang ringkas dan efisien.
· Berminat? sila tinggalkan email dan kami akan menghubungi anda. Kami menggunakan perkhidmatan pos untuk mereka yang di luar Batu Pahat.
Subscribe to:
Posts (Atom)





